Apa Itu VPN 1.1.1.1?
VPN 1.1.1.1 ialah aplikasi percuma dari Cloudflare yang boleh didapati di Play Store. Ia bukan VPN penuh seperti Surfshark atau NordVPN, tapi berfungsi untuk:

Sembunyikan DNS & IP
Elak tracking ISP
Lindungi privasi internet
Tingkatkan kelajuan akses ke server tertentu
Sesuai ke Guna 1.1.1.1 untuk IPTV?
✅ Sesuai untuk:
Guna IPTV yang disekat oleh ISP
Streaming siaran biasa tanpa geoblock
Pengguna Android Box yang nak kelajuan lebih stabil
❌ Tidak sesuai untuk:
Akses Netflix luar negara (tiada pilihan lokasi)
Streaming yang perlukan sambungan lokasi tertentu
Bila anda nak kawal sepenuhnya pelayan (server)
Cara Guna VPN 1.1.1.1 di Android Box
1. Cari “1.1.1.1: Faster & Safer Internet” di Play Store
2. Pasang dan buka aplikasi
3. Pilih “WARP” (teknologi Cloudflare yang lebih baik dari DNS biasa)
4. Aktifkan – anda kini dilindungi
5. Buka semula aplikasi IPTV Smarters atau Live TV Player
Kelebihan VPN 1.1.1.1
✅ Percuma 100%
✅ Tiada had data
✅ Mudah digunakan
✅ Tiada iklan
✅ Sesuai untuk pengguna Malaysia
Kekurangan VPN 1.1.1.1
❌ Tak boleh pilih lokasi negara.
❌ Tak sesuai untuk Netflix US/UK.
❌ Tak sekuat VPN berbayar jika perlu bypass firewall kompleks.
Kesimpulan
VPN 1.1.1.1 adalah pilihan terbaik untuk pengguna IPTV & Android Box yang nak permulaan mudah, percuma dan ringan. Walaupun tak sepower VPN premium, ia cukup untuk elak buffering & sekatan ISP ringan di Malaysia.